Tuesday, March 26, 2013

Sharing is caring

assalamualaikum korang :)
hari ni saya nak kongsi sikit beberapa sunnah nabi yang saya tahu ni .
kebanyakannya maybe korang dah tahu tapi mesti ada yang tak tahu .
tak banyak , ada 28 je . saja nak kongsi kongsi , hewhew

  • Tidur dalam keadaan berwuduk dan berwuduk sebelum mandi .
  • Datang awal ke masjid/surau .
  • Puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal dan berpuasa 3 hari sebulan .
  • Puasa pada hari Arafah dan hari Asyura .
  • Berdoa/berniat ketika singgah di sesuatu tempat .
  • Mula dengan kaki kanan apabila memakai alas kaki .
  • Makan dengan tiga jari dan jilat jari itu selepas makan .
  • Minum dan berubat dengan air zam zam .
  • Meletakkan tangan pada tempat sakit lalu berdoa .
  • Berdoa untuk orang yang tidak bersama dalam sesuatu majlis .
  • Sentiasa senyum dan memberikan salam .
  • Ziarah - menziarahi orang lain kerana Allah .
  • Tutup mulut ketika menguap .
  • Membantu keluarga membuat kerja rumah .
  • Membunuh cicak .
  • Tidak mencerita semua perkara yang didengari .
  • Banyak membaca al-Quran .
  • Jimat dalam penggunaan air .
  • Mengambil wuduksebelum mandi wajib .
  • Banyak solat dhuha , rawatib , istikharah , witir , dan qiamullail .
  • Berdoa ketika memakai pakaian baru .
  • Memakai celak dan cincin .
  • Berniaga .
  • Membela kucing .
  • Tidak mencela makanan.
  • Menutup mulut dan merendahkan suara ketika bersin .
  • Memulakan tidur dengan mengiring sebelah kanan .
  • Mengambil wuduk setiap kali solat walaupun tidak batal . 

see dengan buat semua ni dapat pahala lebih , kadang kadang tak 
perasan pun kita ada ikut sunnah nabi ni :)
hee ~ okaylahh have a blast xD 

No comments:

Post a Comment